Salam semua
Rata-rata individu atau rakan-rakan yang saya temui, apabila bercakap tentang forex pasti akan berkata "Forex bahaya, boleh rugi". Paling lucu apabila yang tiada pengalaman berdagang dengan forex pun boleh mengulas risiko-risiko kerugian ini.
Memang betul kata mereka, forex boleh jadi bahaya,boleh merugikan bila seseorang itu berurusniaga ala 'Nujum Pak Belalang'tanpa ilmu yang betul. Saya sendiri secara jujur diperingkat awal mengalami sendiri pengalaman ini.
"Ukur baju di badan sendiri" peribahasa paling sesuai untuk urusniaga Forex. Dalam ertikata lain, jika akaun forex kita hanya ada USD 100 di dalamnya, wajarlah kita berurusniaga dengan cara sepatutnya,misalnya melaksanakan urusniaga forex menggunakan level yang rendah, iaitu di antara USD0.01 hingga USD 0.10.
"Alahai,guna level rendah,bila nak untung besar?" Jangan sesekali pandang rendah nilai USD 0.01 hingga USD 0.10 itu. Mari kita teliti cerita dua orang rakan ini;
Faiz dan Fatah masing-masing mempunyai modal sebanyak USD 100 di dalam akaun forex mereka. Mereka berdua setuju memilih urusniaga EURUSD dengan membuat belian BUY pada harga 1.3980. Bagaimanapun, Faiz memilih level urusniaga sebanyak USD 0.10 dan Fatah pula memilih level urusniaga sebanyak USD 1.00
Belian BUY telah dibuat,tetapi pasaran pada masa itu juga jatuh di bawah paras belian sebanyak 90mata (pips). Dalam hal ini, cuba anda teka siapakah yang masih 'tenang' untuk meneruskan urusniaga, dan siapa pula yang cemas untuk menentukan sama ada mahu meneruskan atau menghentikan urusniaga dengan mendapat kerugian yang besar?
Faiz dalam kes ini masih boleh 'bernafas lega' kerana beliau secara tidak rasmi hanya menghadapi kerugian sebanyak USD 9.00 dengan baki sebanyak USD91.00 berbanding Fatah yang menghadapi kerugian tidak rasmi sebanyak USD90.00 dengan baki sebanyak USD10.00. Tidak mustahil sesiapapun dalam keadaan Fatah akan panik dan menutup urusniaga dengan mendapat kerugian sebanyak USD90.00.
Ada juga dalam kes lain terdapat individu seperti Fatah yang sanggup mengambil risiko bahaya, iaitu dengan tidak menutup urusniaga dan menunggu pasaran kembali naik melepasi paras harga beli tadi, tetapi akhirnya ALAMAK! mereka hanya menepuk dahi melihat akaun forex mereka menjadi sifar!
Seterusnya bayangkan situasi ini. Selepas Fatah menutup urusniaga kerana panik manakala Faiz masih meneruskan urusniaga, pasaran yang jatuh tadi kembali naik mendadak melepasi harga beli tadi sebanyak 300 pips! Cuba anda teka siapa yang gembira mendapat keuntungan hasil dari level urusniaga yang kecil tadi? Sudah tentu Faiz orangnya yang telah mendapat keuntungan sebanyak USD30.00 (300pips X USD0.10)
Pernah juga suatu ketika pasaran naik sehingga 500pips dan bayangkan keuntungan yang boleh dinikmati dengan level urusniaga sebanyak USD 0.10. Inilah perkara penting yang ramai tidak faham semasa melaksanakan urusniaga forex. Mereka disogokkan dengan cerita "forex perlu modal besar"," susah nak untung" oleh pedagang forex yang tiada ilmu, kerana ilmu forex ini sebenarnya sangat mahal harganya untuk dipelajari. Mahal kerana anda diajar untuk menghasilkan wang dengan cara paling kurang risiko untuk rugi.
JIKA ANDA BERMINAT MEMPELAJARI FOREX, SAYA SEDIA DATANG MENGAJAR DI TEMPAT ANDA. BAYARAN SEBANYAK RM 400 SAHAJA DIKENAKAN UNTUK ANDA BELAJAR TEKNIK URUSNIAGA SELAIN DIBEKALKAN DENGAN 'INDIKATOR' YANG MEMBANTU ANDA MENENTUKAN JUAL/BELI (SELL/BUY) FOREX.
HUBUNGI/SMS: AZHARI (019-2125205)
NYATAKAN TARIKH/MASA/LOKASI
(LOKASI MENGIKUT PILIHAN ANDA)
No comments:
Post a Comment