Salam sejahtera
Sudah lima tahun saya terlibat secara serius di dalam perdagangan forex. Dalam tempoh itu juga saya banyak mempelajari kelemahan diri saya sebagai pemain baru dalam industri forex. Modal kecil tapi mahu untung besar, itulah saya semasa mula menceburkan diri dalam forex. Bagi saya jika modal kita besar, trade level juga harus besar, barulah dapat untung besar. Hakikatnya saya mengalami kerugian besar. Sejak itu saya mempelajari kesilapan saya, belajar untuk bersabar, sentiasa ingat kepada Allah yang memberi rezeki dan kejayaan kepada saya di saat saya susah dan senang. Menyedari hakikat itu, saya rasakan amat wajar saya kongsikan pengalaman saya berurusniaga dalam forex bersama individu lain yang senasib dengan saya; bersemangat mencari rezeki di dalam industri ini tetapi kurang panduan daripada insan yang mempunyai pengalaman jatuh bangun dalam industri ini.
Blog ini juga saya dedikasikan kepada rakan-rakan (yang juga pelajar forex saya) iaitu FaizJuha, Abdul Fatah,Kak Umairah, Nuryani dan Roslan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing mereka ke dalam industri forex ini. Dari pemerhatian saya, rakan-rakan saya ini semua berbakat menjalankan urusniaga forex dengan sendiri walaupun pada mulanya mereka semuanya di tahap 'Zero Knowledge' di dalam industri forex ini.
Dari modal serendah USD 100, mereka berjaya menggandakan pendapatan sehingga USD 500 dalam tempoh 2 minggu. Ada juga di antara mereka yang mengalami kerugian hingga mempunyai baki sebanyak USD 20 di dalam akaun, tapi masih berjaya menaikkan semula baki akaun ke paras yang tinggi tanpa menambah modal ke dalam akaun.
"ILMU,DOA,SABAR,JAUHI RASA TAMAK" ANDA JUGA BOLEH MENJADI SEPERTI MEREKA
No comments:
Post a Comment